Di sini saya ingin berkongsi tip-tip dalam membuat pemilihan topik sebelum anda bercadang untuk serius dalam aktiviti blogging..

  • Pilih topik yang anda betul-betul minat dan pakar
  • Pilih topik yang anda ingin bincangkan bersama orang lain
  • Pilih topik yang anda tidak kisah untuk berdebat tentangnya dengan orang lain
  • Pilih topik yang tidak terlalu menyentuh sensitiviti anda
  • Pilih topik yang senang untuk anda menyelidikinya

;)

Sambungan dari bahagian pertama untuk post bertarikh 04 Jan 2009..

r_enter6. Untuk Menonjolkan Kelainan
Terdapat blog yang menggunakan isu-isu tertentu sebagai topik utama perbualan.Melalui blog sebegini, anda boleh cuba mengulas isu berdasarkan pendapat dan pemikiran anda sendiri sekaligus sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pembaca.Kebanyakan blog politik ditulis oleh individu yang cuba untuk menonjolkan kelainan dari segi pemikiran mereka

7. Untuk Terus Kekal Aktif  atau Berada di hadapan Dalam Sesuatu Bidang atau Topik
Memandangkan kejayaan sesebuah blog banyak bergantung kepada kekerapan mengemaskini serta penyediaan informasi yang terkini, ini secara tidak langsung menjadi  pendorong kepada anda untuk sentiasa berada di hadapan dan cuba untuk mengambil tahu seberapa kerap perkembangan terkini dalam bidang yang anda minati. » Read the rest of the entry..

May 05

Thinking BIG

1 comment - Post a comment

Latih minda dan  berikan peluang dan ruang kepada diri anda untuk berfikiran besar (think BIG)..

pf_2478599_bSesungguhnya setiap kejayaan bermula dengan “thinking BIG“..

Dengan selalu berfikir dan mengimpikan sesuatu yang besar, anda secara tidak langsung telah memprogramkan pemikiran anda untuk menjadi lebih kreatif, inovatif dan berpandangan jauh.

Dari aspek spiritual, Islam mengajarkan umatnya supaya sentiasa memohon dan berdoa kepada Ilahi kerana perbuatan tersebut secara tidak langsung membentuk dan melatih pemikiran besar (think BIG) di dalam diri setiap umatnya.. » Read the rest of the entry..

r_enterDewasa ini,trend berblog di kalangan individu dan kumpulan mulai popular dan semakin mendapat tempat di dalam kehidupan harian.Statistik menunjukkan jumlah individu atau kumpulan yang terlibat dengan blog mulai meningkat dengan pesat dari hari ke hari.Berikut dibincangkan 10 sebab kenapa anda patut berblog..

1. Untuk Meluahkan Pendapat dan Buah Fikiran
Jika anda memerlukan tempat yang sesuai untuk meluahkan sesuatu yang terbuku dihati dan fikiran, maka blog merupakan saluran terbaik untuk meluahkan dan percaya atau tidak,anda miliki peminat anda sendiri yang memahami diri anda

2. Untuk Memasarkan Dan Mempromosikan Sesuatu

Blog merupakan saluran yang terbaik bagi membantu memasarkan atau mempromosikan diri,perniagaan,produk atau perkhidmatan anda » Read the rest of the entry..

mh_011WASHINGTON 3 Jan – Amerika Syarikat (AS) menegaskan tentera Israel bebas untuk melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza.

Berikut adalah kenyataan White House melalui Timbalan Setiausaha Akhbarnya, Gordon Johndroe berhubung isu itu seperti dipetik oleh agensi berita AFP.

Terkini

* Jet-jet pejuang Israel awal pagi ini menyerang Masjid Ibrahim Al-Maqadna, Gaza, mengorbankan 13 orang termasuk dua kanak-kanak ketika lebih 200 jemaah sedang solat. Lebih 60 cedera dalam serangan itu.

* Beberapa serangan lain dilakukan di sekolah, lapangan terbang dan pelabuhan mengakibatkan empat terbunuh termasuk dua komander Hamas. » Read the rest of the entry..

…sambungan dari bah 1

  • Tidak nampak keperluan untuk mencapainya serta tidak komited mendapatkan kekayaan.Tidak sanggup berkorban dan bersusah untuk mendapatkannya
  • Tidak memiliki perancangan dan strategi yang betul bagi mencapainya
  • Gagal untuk mengikut perancangan yang dirancang walaupun sudah merancangnya dengan baik sebelumnya
  • Menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab kepada pihak lain tanpa memantau perjalanan kerja atau proses yang dirancangkan » Read the rest of the entry..

Anthony Robbins (pakar motivasi terkenal) dalam salah satu dari programnya telah memberikan 12 sebab yang beliau simpulkan menjadi faktor kenapa ramai orang gagal menjadi kaya..

  • Tidak menentukan dan menjelaskan secara spesifik ataupun mendalam maksud kekayaan dalam hidup mereka
  • Mempunyai matlamat kewangan yang berubah-ubah (tiada pendirian tetap).Jalan terbaik ialah dengan menetapkan matlamat sehingga anda dapat mencapainya
  • Memiliki matlamat yang tidak mampu dicapai dan tidak  realistik. Jangan membina matlamat yang anda tidak percaya mampu mencapainya kerana ia hanya merendahkan potensi diri apabila anda tidak dapat mencapainya.
  • Tidak memulakannya.Tiada titik permulaan untuk mengubah diri sendiri bermakna anda lebih cenderung untuk memilih kegagalan. Mulakannya sekarang, kemudian teliti dan sesuaikan mengikut perancangan » Read the rest of the entry..

Bila boss tak ada di ofis?

Bila boss panggil?
Bila kene attend meeting
? » Read the rest of the entry..

Untuk post pada hari ini saya ingin berkongsi idea dengan  semua berkenaan dengan kunci kebebasan kewangan dalam kehidupan

Tips 1 : Pecahkan dan Asingkan Pendapatan

Pecahkan pendapatan anda kepada beberapa bahagian yang berbeza

  • 1/7 – Tabung untuk dilupakan (simpanan masa depan)
  • 1/7 – Kegunaan sendiri (perbelanjaan peribadi)
  • 2/7 – Kegunaan keluarga (bil, belanja sekolah anak, makanan)
  • 1/7 – Hutang (kereta, rumah, pinjaman peribadi)
  • 1/7 – Pelaburan (ASB, unit trust, insyuran)
  • 1/7 – Zakat dan Infaq (pusat zakat, fakir miskin, anak yatim)

Dengan memecahkan dan mengasingkan pendapatan, kita akan dapat satu ukuran ekonomi diri dan keluarga kita dengan lebih jelas.Ukuran inilah yang akan menjadi panduan dalam mengendalikan kehidupan kita.

Tahun 2008 menyaksikan permulaan kepada berlakunya krisis kemelesetan ekonomi di seluruh dunia di mana Malaysia juga turut tidak terlepas dari merasai kesannya.

16287Banyak syarikat gergasi di dapati mula mengambil langkah selamat dan berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti pengeluaran produk  serta memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos operasi.

Bagi yang tidak bernasib baik serta kehilangan punca pendapatan kesan dari krisis kemelesetan ekonomi ini, masih terdapat alternatif dan jalan lain yang boleh anda pilih » Read the rest of the entry..