Tahun 2008 menyaksikan permulaan kepada berlakunya krisis kemelesetan ekonomi di seluruh dunia di mana Malaysia juga turut tidak terlepas dari merasai kesannya.
Banyak syarikat gergasi di dapati mula mengambil langkah selamat dan berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti pengeluaran produk serta memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos operasi.
Bagi yang tidak bernasib baik serta kehilangan punca pendapatan kesan dari krisis kemelesetan ekonomi ini, masih terdapat alternatif dan jalan lain yang boleh anda pilih antaranya ialah dengan menceburi bidang perniagaan di rumah..Mungkin inilah waktunya yang paling sesuai untuk anda memulakan perniagaan anda yang pertama.Sesungguhnya setiap musibah pasti ada hikmah disebaliknya..
Berikut adalah senarai perniagaan alternatif yang boleh diceburi oleh anda di mana modal permulaan yang diperlukan tidaklah terlalu besar dan membebankan:-
- Bidang Pertanian – Penternakan lintah, cacing, ikan keli, serai, jagung manis hibrid dll
- Perniagaan Makanan – Kuih muih, nasi lemak, sandwich, keropok lekor, mee goreng, kerepek ubi/pisang dll
- Perniagaan Internet – Affiliate, ebay, lelong, adsense, blog, perkhidmatan, forex, video marketing
- Perniagaan Kemahiran – Menjahit, sulaman, menggubah bunga, menulis buku
- Perniagaan MLM – CNI, Zhulian, AMWAY, SURECO, DCL, Gano Excel dll
« How to..Menambah kelajuan Internet | Kunci Kebebasan Kewangan (Tips 1) »
